Pembangunan Pelajar
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Pengetua dan Timbalan Pengetua KA.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Pengetua dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam soal-soal disiplin, pembangunan pelajar, Homeroom,Badan Kepimpinan Pelajar, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan dewan selera berjalan dengan baik.
7. Membantu Pengetua dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.
A. Pentadbiran:
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di MRSM Bentong.
2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
3. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
4. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Pengetua, Timbalan Pengetua KA, Timbalan Pengetua PB dan Penolong Pegawai Tadbir (Kanan).
7. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
B. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.
C. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.
D. Program Kebajikan pelajar:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan dewan selera untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.
E. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.
Homeroom
11 May 2016 11:20 AM
226091
Setiap
pelajar diletakkan dalam satu kumpulan
seramai tidak lebih 15 orang yang diketuai oleh seorang guru sebagai penasihat.
Sistem Homeroom ini bagi mewujudkan perasaan kekeluargaan dalam kalangan
pelajar. Selain itu, dapat mewujudkan juga semangat persaudaraan dan kerjasama
di samping membantu menyelesaikan masalah pelajar melalui perbincangan serta
menimbulkan suasana seperti di rumah. Penasihat homeroom adalah bertindak
sebagai ibubapa dan ahli-ahli sebagai saudara sendiri.
12 May 2016 02:57 PM
226091
Senarai nama Pengurusan / Guru Asrama Bil Nama No. tel 1 Nazrul Hisham Bin Mohammad Tahir (
Timb. Pengetua HEP ) 013-4774714 2 Baharuddin Bin Dollah ( Ketua Guru
Asrama ) 019-9159877 3 Salbani Bt Abdul Rahman 019-9066518 4 Ruziana Binti Alyas 013-4722572 5 Nurul Shakimah Binti Abd Razak 014-5152509 6 Muhammad Firdaus Bin Ismail 013-2838608 7 Nor Asmaa Bt Ubaidillah 019-9926128 8 Mohd Syuhaidi B Md Isa 013-2407006 9 Mohd Nizam Bin Mohd Anuar 017-3629202 10 Muhammad Taufiq Bin Ismail 013-2155787 11 Iffah Ilham Khalilah Binti Ramlee 019-2371272 12 Mohd Zaid Bin Zakaria 019-5050520 13 Mohd Shaifuzaman Bin
Ghazali 012-9500802 14 Muhammadin Mustafa Bin Abu Bakar ( PT(K)
Asrama ) 012-3326617 15 Mohd Hafiz Bin Abd Razak ( PT Asrama ) 012-3309445
12 May 2016 02:56 PM
226091
Perkhidmatan yang disediakan i. Perkhidmatan
Kaunseling
Kaunseling
Individu Kaunseling
Kelompok Kerjaya
ii. Pengujian
& Pentadbiran ujian
Ujian SDS Ujian IPW Ujian MPCL Ujian TSCS Ujian IPS @
etc
iii. Konsultasi
Ibu bapa Kaunselor pelajar
Bil Nama No. Tel Email 1 Yusmawarti Binti Dahrumi, KB., PA. 013-3739837 yusmawarti.dahrumi@mara.gov.my 2 Mohd Shaifuzaman Bin Ghazali, KB., PA. 012-9300802 shaifuzaman@mara.gov.my
11 May 2016 03:12 AM
226091
Bil. Perkara RM Catatan 1 Yuran
Extra-Mural Recreation (EMR) 50.00 Setahun 2 Yuran
Caruman 60.00 Sebulan 3 Insuran
Kelompok 5.00 Setahun 4 Khidmat
Dobi 10.00 Sebulan 5 Saham
koperasi 21.00 Setahun 6 Yuran
Muafakat 70.00 Setahun 7 Pakej
orientasi 20.00 Sekali 8 Majalah
maktab 20.00 Setahun 9 Yuran
komputer 50.00 Sekali 10 Yuran
Badan Wakil Pelajar 7.00 Setahun 11 Bayaran
kertas Ujian 20.00 Setahun JUMLAH 333.00
Yuran caruman wajib dibayar oleh semua pelajar KECUALI pelajar yang layak sahaja akan
dikecualikan bayaran tersebut. Bayaran khidmat dobi RM 10 setiap bulan wajib
dibayar oleh semua pelajar. Bantuan
yang disediakan Yuran Caruman sahaja @ Yuran Caruman dan Wang
saku. Pelajar yang kurang berkemampuan adalah layak
dikecualikan bayaran Wang Caruman sebanyak RM 60 setiap bulan atau layak dikecualikan wang Caruman
dan mendapat Wang Saku sebanyak RM 50 setiap bulan. Permata Budi MARA Pelajar yang kurang berkemampuan layak
dicalonkan untuk memperolehi bantuan Permata Budi MARA. Bantuan Tunas Geliga Yayasan Peneraju Pelajar lepasan UPSR yang ingin melanjutkan
pelajaran ke MRSM, layak untuk memohon pembiayaan di bawah Program Biayaan
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ( Yayasan Peneraju ) dengan memenuhi
syarat seperti berikut: Bumiputera warganegara Malaysia Keputusan Percubaan UPSR Sekurang-kurangnya 4A 1B, ( A subjek Sains dan Matematik ) Pendapatan isi rumah RM 4000 dan ke bawah sebulan. ( A subjek Sains dan Matematik )
12 February 2017 01:10 PM
226091
PELAJAR PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN IBU BAPA SEBELUM MENYERTAI SEBARANG ACARA / AKTIVITI DI LUAR MAKTAB. INI ADALAH SEBAGAI LANGKAH KESELAMATAN KEPADA PELAJAR DAN IBU BAPA MAKLUM AKAN PENYERTAAN ANAK - ANAK MEREKA. PELAJAR PERLU MELENGKAPKAN BORANG SEBELUM BERLANGSUNGNYA AKTIVITI.
31 October 2016 12:46 PM
226091
Panduan bagi ibu bapa dan penjaga untuk membayar wang caruman secara online.