Hal Ehwal Akademik

Hal Ehwal Akademik MRSM Bentong bertanggungjawab dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran di MRSM sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer (Internet), buku rujukan dan lain-lain.


Unit dan jawatankuasa dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik antaranya:

  • Jabatan Matematik

  • Jabatan Sains

  • Jabatan Sains Sosial

  • Jabatan Bahasa

  • Unit Teknikal

  • Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab

  • Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Terdapat satu program khas di MRSM Bentong:

1. PROGRAM TEKNIKAL

MRSM Bentong akan dijadikan Pusat Pembelajaran Teknkal dan Robotik MRSM dengan mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawall tingkatan 1 di samping penggunaan peralatan makmal yang canggih.

Objektif:

  1. Menyediakan sebuah MRSM khas kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan dan teknikal.

  2. Menghasilkan pelajar yang berpotensi untuk menjadi jurutera hebat, berkualiti, berdaya saing dan bertaraf dunia bagi menerajui pembangunan negara.

  3. Mewujudkan satu program pembelajaran dengan kerjasama universiti dan institusi pengajian tinggi terkemuka, tempatan atau luar negara melalui perjanjian yang akan dimeterai

 

Kurikulum asas Menengah rendah dan Menengah Atas seperti MRSM lain, cuma terdapat tambahan subjek bagi MRSM Teknikal:

    a. Menengah Rendah:

Sains Kejuruteraan

Modul pengajiannya lebih kepada penerokaan teknikal dari segi minat, asas kemahiran, kerja tangan dan budaya.  Pendedahan awal pada bidang robotik, pengaturcaraan computer dan teknikal.

    b. Menengah Atas:

       i. Lukisan Kejuruteraan

  • Diwajibkan (modul asas & autocad)

        ii. Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik

atau

            Kejuruteraan Mekanikal

Pilihan pelajar.     

a. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar bagi subjek teknikal, sains dan matematik.

b. Pelajar juga dikehendaki untuk menguasai satu bahasa asing. (Pilihan bahasa bergantung kepada tenaga pengajar).