Unit Hal Ehwal Kokurikulum Maktab Rendah Sains MARA Bentong merupakan sebuah unit yang diwujudkan secara umumnya sebagai suatu unit yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan semua hal ehwal yang berkaitan dengan kegiatan ko-kurikulum pelajar. Tanggungjawab tersebut termasuklah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum, program pertandingan dan rekreasi/riadah pelajar.

 Unit ini ditadbir urus oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum dan ahli jawatankuasa yang dilantik.

 

 

BERIKUT ADALAH MERUPAKAN BIDANG TUGAS BAHAGIAN INI.

MENYELARAS DAN MENYELIA SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM MRSM SEPERTI:-

 

MATLAMAT: 

  1. Gred Purata Keseluruhan Kokurikulum ialah 2.0. 

  2. Penyertaan 100% dalam 1 Sukan, 1 Kelab/Persatuan, 1 Badan Beruniform. 

  3. Setiap murid 100% mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam dua daripada 3 unit yang disertai. 

  4. Setiap murid 100% mendapat pencapaian minimum 6 markah di peringkat sekolah. 

  5. Kehadiran setiap perjumpaan unit ialah 90% ke atas. 

  6. Setiap unit menganjurkan sekurang-kurang satu pertandingan di peringkat sekolah. 

  7. Setiap unit mengadakan sekurang-kurang sekali lawatan di peringkat sekolah. 

    8. Setiap unit menganjurkan sekurang-kurang sekali aktiviti perkhemahan di peringkat sekolah.

    9. Setiap unit menganjurkan sekurang-kurang sekali kursus, seminar@ bengkel di peringkat sekolah